Bulan Asyraff Kembali dengan single terbaru berjudul “Tangan Tidak Sampai”

- Advertisement -

Bulan Asyraff, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraff bin Mohd Zamani, adalah seorang peminat muzik yang telah menapak dalam industri muzik dengan bersemangat. Bermula dengan busking bersama kawan-kawan, kini dia telah melangkah lebih jauh dengan menyertai dalam beberapa rancangan TV, termasuk Mentor Millennia 2019 dan Mic On.

Berasal dari Batu Caves, Selangor, dia mula membangunkan kerjaya seninya dengan busking secara online dan di pelbagai program koperat. Namun, puncak kerjayanya bermula ketika dia menyertai program realiti Mentor Millennia sebagai protege Black Hanifah.

Di media sosial, terutama di TikTok, akaun Bulan Asyraff telah mencapai 82,000 pengikut dengan jumlah tayangan tertinggi mencapai 2.5 juta. Meskipun demikian, dia masih setia menyanyi di TikTok untuk menghiburkan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan.

Kini, Bulan Asyraff kembali dengan single terbaru yang berjudul “Tangan Tak Sampai”, ciptaan penulis lagu dari Indonesia dan dirakam di Bandung, Indonesia. Lagu ini mengisahkan tentang rindu kepada seseorang yang telah pergi selama lamanya. Dengan single terbaru ini, Bulan Asyraff berharap untuk terus menghasilkan karya-karya baru untuk masa hadapan.

“Dengan lagu ini, saya ingin menjadi penyanyi yang dekat dengan pendengar. Selepas ini, saya berharap untuk menghasilkan lagi single terbaru dan terlibat dalam “serius music” seperti rakaman studio dan rancangan YouTube mengenai muzik yang berlesen,” katanya.

Semoga Bulan Asyraff terus berjaya dalam kerjaya seni dan terus menghiburkan peminat-peminatnya!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat