Lockdown Mesti Total, lebih setahun eksperimen SOP- Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan terus membenarkan sektor pembuatan atau perkilangan terpilih terus beroperasi walaupun dalam keadaan terhad akan terus mendatangkan risiko kejangkitan.

“Ini secara langsung bertentangan dengan matlamat mengadakan ‘total lockdown’,” demikian ingatan daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga ADUN Rantau berkata, kita
telah bereksperimen dengan pelbagai SOP selama lebih setahun.

“Namun kes semakin meningkat dengan pelbagai ‘variant of concern’.

Penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial ini mesti berlaku secara total kecuali sektor makanan, pertanian dan kesihatan.

“Ia adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan adalah sangat kritikal pada waktu ini.

“Kepentingan sektor perkilangan dan pembinaan tidak lebih penting dari sektor lain yang rentan dan berisiko lumpuh sepanjang pelaksanaan perintah pergerakan terhad secara total.

“Semua pihak harus berkorban untuk dua minggu ini. Kita tidak akan dapat melandaikan lekuk jangkitan dengan pelbagai sektor terus beroperasi secara berpilih,” tegas Mohamad.

Hal ini katanya, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRCC) Kebangsaan, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan antara 12 Mei sehingga 26 Mei.

“Lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor perkilangan iaitu 62 kluster.

“Pada 1 Jun 2021, MITI mengumumkan setakat 12 tengahari, 95,142 syarikat telah mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa PKP ini.

“Ini bermakna hampir 20 peratus dari syarikat berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) telah mendapat kebenaran untuk beroperasi. Adalah dijangkakan bahawa jumlah ini akan bertambah pada hari ini dan esok.” kata beliau.

Untuk rekod setakat awal hari ini MITI telah meluluskan sejumlah 128, 150 syarikat untuk meneruskan operasi dalam tempoh ‘total lockdown’.

Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan daripada jumlah 128,150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja dapat kelulusan untuk beroperasi dalam PKP 3.0 setakat 7.30 pagi ini.

//

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat