128, 150 syarikat dengan 1.57 juta pekerja dapat kelulusan MITI – Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setakat awal hari ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan sejumlah 128, 150 syarikat untuk meneruskan operasi dalam tempoh ‘total lockdown’ dengan pelaksanaan PKP penuh bermula 1 Jun lalu.

Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan daripada jumlah 128,150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja dapat kelulusan untuk beroperasi dalam PKP 3.0 setakat 7.30 pagi ini.

Sebelum ini MITI menetapkan hanya 17 sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh ini, kebanyakannya dengan jumlah kakitangan yang dikurangkan.

Syarikat-syarikat ini dimaklumkan telah melepasi proses pemeriksaan MITI menerusi sistem pengurusan pintar Covid-19 (CIMS 3.0).

Terdahulu, terdapat banyak dakwaan di media sosial bahawa terdapat syarikat yang tidak memenuhi kriteria perkhidmatan penting namun menerima lampu hijau daripada MITI.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat