Soo Ming, 61, penari tradisional

- Advertisement -

USIA Koo Soo Ming sudah mencecah 61 tahun namun ia bukan penghalang buat dirinya aktif sebagai penari sehingga kini meskipun semakin dimamah usia.

Tidak hairanlah jika ibu dua anak itu sering mendapat perhatian setiap kali membuat persembahan di pentas lebih-lebih lagi kerana kebolehannya menguasai tarian tradisional Melayu seperti zapin, inang, joget dan asli.

Wanita berasal dari Kelantan itu berkata, dia tidak pernah menghadiri kelas tarian formal, sebaliknya sekadar bengkel jangka pendek dan menganggap bakat semula jadi yang ada itu sebagai anugerah kurniaan Tuhan.

Menurut Soo Ming, sejak kecil lagi, dia meminati tarian dan lagu Melayu, malah pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tarian Melayu tradisional serta taridra (tarian dan drama) peringkat daerah.

“Minat itu tidak pernah padam biarpun selepas berumah tangga dan mempunyai anak, cuma titik tolak untuk aktif semula adalah ketika saya menjadi sukarelawan dalam sebuah kumpulan sokongan pesakit kanser.

“Saya mengasaskan kumpulan seni budaya untuk bekas pesakit kanser sebagai salah satu terapi untuk mereka.

“Usaha itu mendapat sokongan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang memberi bimbingan kepada penari dan juga nasihat dari segi kostum dan tatarias setiap kali kami membuat persembahan amal dari 2009 hingga 2014,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berbekalkan pengalaman dan bakat dimiliki, Soo Ming juga berkongsi ilmu dengan menawarkan khidmat sebagai jurulatih tari di sekolah dan persatuan wanita setempat.

Katanya, khidmat bimbingan itu diberikan secara percuma kerana minat dan kepuasan diri.

“Ada waktunya, saya dipanggil pihak sekolah untuk mengajar tarian dan pernah juga pergi sampai ke Terengganu untuk tujuan itu.

“Saya lakukannya secara percuma, bukan kerana duit tetapi untuk kepuasan.

“Di samping itu, saya juga salah seorang tenaga pengajar di University of The Third Age (U3A) di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Serdang yang menawarkan kursus khusus untuk warga emas berusia 50 tahun ke atas,” katanya yang juga berkebolehan menari tarian Bollywood.

Soo Ming berkata, pembabitannya dalam seni tari tradisional bukan hanya mendapat sokongan masyarakat tetapi juga suami tercinta, Robert Ooi, 63 tahun.

Malah, Soo Ming gembira kerana bakatnya itu mendapat perhatian segelintir individu yang bukan saja kagum dengan kebolehannya menari tetapi menganggapnya sebagai inspirasi.

“Ada warga emas yang ingin menari tetapi berasa malu disebabkan umur mereka sudah lanjut

“Apabila melihat saya masih menari pada usia ini, timbul keinginan mereka untuk mencuba. Begitu juga, ada golongan muda yang mengalami masalah kesihatan mengatakan saya menjadi inspirasi mereka untuk menjalani hidup yang aktif.

“Nasihat saya, ketepikan faktor usai sebaliknya manfaatkan masa terluang untuk melakukan perkara yang diminati demi kesejahteraan dan kebahagiaan diri kita sendiri,” katanya yang menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Sumber: HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat