Pendaki Malaysia Terkorban di Gunung Rinjani, Indonesia

- Advertisement -

LOMBOK, – Seorang pendaki dari Malaysia dilaporkan terjatuh semasa melakukan pendakian di Gunung Rinjani, Indonesia. Mangsa yang dikenali dengan inisial RAG mengalami kemalangan di kawasan Banyu Urip sekitar jam 12.00 tengah hari waktu tempatan pada Sabtu, 3 Mei 2025.

Perkara ini dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) menerusi hantaran di akaun media sosial mereka.

“Kami ingin memaklumkan mengenai insiden yang berlaku di laluan pendakian Torean, Gunung Rinjani. Pada hari Sabtu, 3 Mei 2025, sekitar jam 12.00 tengah hari, seorang pendaki warganegara Malaysia berinisial RAG dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip,” kata Ketua BTNGR, Yarman dalam kenyataan rasmi.

Beliau menjelaskan bahawa maklumat awal mengenai kejadian itu diterima daripada pemandu pelancong daripada Trekking Organizer Juan Adventure Rinjani.

“Buat masa ini, mangsa masih berada di lokasi kejadian, ditemani oleh ketua rombongan dan tiga orang kru dari penganjur pendakian,” tambah Yarman.

Menurut beliau lagi, proses evakuasi sedang berjalan dan melibatkan kerjasama pelbagai agensi. Pasukan penyelamat terdiri daripada 10 anggota daripada Pejabat Mencari dan Menyelamat Mataram (Basarnas), 8 anggota pasukan perubatan kecemasan EMHC, serta 11 anggota dari SAR Lombok Timur.

Difahamkan, mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan pendaki seramai 23 orang yang memulakan ekspedisi mereka melalui laluan Sembalun pada 1 Mei lalu.

Yarman turut meminta semua pihak agar mendoakan kelancaran misi menyelamat dan mengutamakan keselamatan sepanjang operasi.

“Pendakian adalah satu bentuk pengembaraan, namun keselamatan tetap menjadi keutamaan. Sentiasalah berwaspada, saling menjaga, dan hormati alam sekitar,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat