Bursa Malaysia ditutup kukuh, Indeks Komposit naik 0.59 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, menongkah arus berbanding prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya rendah, disokong oleh belian berterusan dalam saham utiliti dan teknologi, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.29 mata atau 0.59 peratus kepada 1,589.59 daripada paras penutup 1,580.30.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.29 mata kepada 1,581.59 dan bergerak antara paras 1,581.59 dan 1,590.56 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 414, dengan 460 kaunter tidak berubah, 803 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion daripada 3.81 bilion unit bernilai RM3.06 bilion pada Khamis.

Pengurus portfolio dan ketua penyelidikan dan penasihat harta UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI meningkat susulan daripada aliran menurun dolar ketika ini.

Beliau berkata, momentum ini mendapat rangsangan daripada pelarasan meningkat unjuran kadar Rizab Persekutuan oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang memberikan lagi tekanan kepada dolar.

“Selain itu, sektor teknologi menerajui kenaikan pasaran hari ini, mendapat rangsangan daripada prestasi memberangsangkan Apple pada suku pertama 2024 dan pelancaran program pembelian balik saham US$110 bilion, di samping pelaburan besar Microsoft di Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.48 peratus kepada 18,475.92, Indeks Komposit SSE China turun 0.26 peratus kepada 3,104.82, Kospi Korea Selatan susut 0.26 peratus kepada 2,676.63 dan Indeks Straits Times Singapura jatuh 0.12 peratus kepada 3,292.93.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank dan Public Bank naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.80 dan RM4.12, CIMB meningkat satu sen kepada RM6.65, Tenaga Nasional naik 30 sen kepadaRM12.32,manakala IHH Healthcare susut empat sen kepada RM6.29.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenieur Gudang susut 1.5 sen kepada 11.5 sen, MyEG meningkat 1.5 sen kepada 92 sen, manakala Fitters, TWL dan Binapuri semuanya tidak berubah masing-masing berada pada lima sen, tiga sen dan 7.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 74.02 mata kepada 11,970.11, Indeks FBMT 100 naik 72.29 mata kepada 11,597.12, Indeks FBM 70 meningkat 22.83 mata kepada 16,737.02, Indeks FBM Emas Shariah menokok 79.71 mata kepada 12,193.30 dan Indeks FBM ACE menambah 26.87 mata kepada 5,134.55.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 47.15 mata kepada 17,290.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.81 mata kepada 190.84, Indeks Tenaga menambah 2.91 mata kepada 966.85, manakala Indeks Perladangan jatuh 35.32 mata kepada 7,419.87.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.38 bilion unit bernilai RM2.79 bilion berbanding 2.14 bilion unit bernilai RM2.70 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 929.71 juta unit bernilai RM148.76 juta daripada 1.19 bilion unit bernilai RM157.99 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 560.13 juta saham bernilai RM210.14 juta daripada 478.56 juta saham bernilai RM196.65 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 339.0 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (649.48 juta), pembinaan (217.87 juta), teknologi (262.84 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (116.33 juta), hartanah (328.14 juta), perladangan (32.88 juta), REITs (19.28 juta), dana tertutup (114,300), tenaga (121.65 juta), penjagaan kesihatan (78.70 juta), telekomunikasi dan media (44.44 juta), pengangkutan dan logistik (49.78 juta), utiliti (1.20 juta), dan amanah perniagaan (684,700). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat