Ranhill miliki kedudukan baik untuk meraih manfaat dalam sektor tenaga di Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR  Ranhill Utilities Berhad berada di kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada faktor beban dan potensi peningkatan kapasiti dalam sektor tenaga di Sabah, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata permintaan tinggi berikutan cuaca panas menyebabkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa melaksanakan catuan tenaga bagi menstabilkan grid elektrik negeri, di samping sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga (EC) untuk menambah loji janakuasa baharu di Sabah dan Labuan.

Pada masa in, kumpulan itu mengawal pengeluar tenaga bebas (IPP) Sabah sebanyak kira-kira 30% melalui RP1 (180MW) dan RP2 (180MW), di mana RP2 mempunyai kepekaan sangat tinggi terhadap perubahan dalam faktor beban.

“Setiap perubahan 10% dalam faktor beban RP2 dianggarkan memberi kesan kepada pendapatan sebanyak RM2.5 juta dan untuk RP1, RM1 juta,” katanya dalam nota hari ini.

Mengulas berkenaan pengembangan kapasiti tenaga di Sabah, firma itu berkata negeri itu memerlukan margin rizab sebanyak 23% berdasarkan anggaran permintaan puncak sebanyak 1046MW dan kapasiti boleh dipercayai sebanyak 1267MW.

Sabah bercadang untuk membina dua loji CCGT 100MW baharu sehingga 2025 dan satu lagi kapasiti 192MW dijangka datang daripada projek Hidroelektrik Upper Padas menjelang 2027.

Firma itu percaya Ranhill mempunyai potensi dalam persaingan untuk kapasiti CCGT baharu memandangkan kedudukan yang kukuh dan rekod prestasi beroperasi dalam sektor tenaga Sabah.

“Kumpulan tersebut baru-baru ini telah memenangi tender untuk satu daripada dua kapasiti CGCT 100MW yang dirancang dengan jangkaan COD pada 2026, sedikit tertunda daripada COD asal yang diberikan perjanjian dalam pemberian tender.

Kami menganggarkan IRR projek sebanyak 7 hingga 8% dan pertambahan nilai sebanyak 11sen sesaham daripada projek itu,” tasmbahnya.

Memandangkan kekurangan kapasiti kuasa semasa, firma tersebut berpendapat terdapat sebab kukuh bagi mempercepatkan tender untuk kapasiti CCGT 100MW yang lain, di mana Ranhill telah menunjukkan minat menyertainya.

Firma itu mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak 70sen sesaham.

 -DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat