KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan membuat pengumuman berkaitan perbincangan Kabinet dan hala tuju 5G.
Fahmi memaklumkan pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau pada jam 3 petang ini.
“Insyaallah jam 3 petang hari ini, saya akan membuat pengumuman terkait dengan perbincangan kabinet dan hala tuju 5G.
“Saksikan secara langsung di Facebook rasmi saya,” kata beliau.
Semalam Reuters melaporkan, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada Malaysia mengenai risiko terhadap keselamatan negara dan pelaburan asing ketika ia memuktamadkan semakan pelancaran 5G yang boleh membolehkan Huawei Technologies Co Ltd China membida peranan dalam infrastruktur telekomunikasinya.
Huawei telah lama dilihat sebagai pendahulu untuk kontrak itu, dengan kerajaan sebelum ini menolak kebimbangan keselamatan yang dibangkitkan oleh Amerika Syarikat.