Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN

KUALA LUMPUR- Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hassan yang juga Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpul maklum balas berkaitan isu Asia Barat.

“PPPK ini pula mempunyai sekretariat yang dipengerusikan oleh Penasihat Kanan bagi Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hassan. Dua struktur ini akan membantu MTEN yang sekarang bersidang setiap minggu untuk menyelaras maklumat secara harian,” katanya menurut Bernama pada Jumaat.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama mengekang aktiviti penipuan (scam), antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa tugas pasukan dipimpin Hassan tidak bertindih dengan jawatankuasa khas dipengerusikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berperanan meneliti perkembangan ekonomi semasa susulan konflik terbabit.

“Apa yang penting usaha kita ialah pertama, secara keseluruhannya mengenai bekalan, bukan sahaja bahan api, bahan bakar, tenaga bagi negara kita kekal terjamin untuk bulan-bulan yang akan datang, tapi juga bekalan makanan.

“Pada masa yang sama juga untuk memastikan harga barang terkawal dan aktiviti menyeludup atau menyeleweng bahan api, bahan makanan, dapat dikekang,” katanya.

Sejak 28 Februari lalu, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Iran yang mengakibatkan ribuan nyawa telah terkorban. Tehran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan AS di beberapa negara Arab.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat