Marsha Milan sentuh hati pendengar dengan ‘Tangisan Seorang Pendosa’

- Advertisement -

Cyberjaya – Setiap lagu ada kisahnya, dan bagi Marsha Milan, Tangisan Seorang Pendosa bukan sekadar lagu biasa. Sebagai runut bunyi rasmi drama fenomena Keluarga Itu di TV3, lagu ini membawa pendengar menyelami perasaan watak Dhamiah, lakonan Puteri Balqis, yang melalui kehidupan penuh luka dan penyesalan.

Menariknya, lagu ini adalah hasil ciptaan Marsha sendiri, dengan lirik mendalam yang ditulis oleh Hazama. Melodi balada yang menyentuh jiwa digabungkan dengan vokal penuh penghayatan menjadikan Tangisan Seorang Pendosa lebih daripada sekadar latar muzik drama—ia adalah luahan hati yang mampu menusuk perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Menyanyikan lagu yang penuh emosi memerlukan lebih daripada sekadar suara yang baik, dan Marsha membuktikan kemampuannya dengan menyampaikan lagu ini dengan begitu berkesan. Rakaman lagu ini mengambil masa dua hari kerana Marsha mahu memastikan setiap bait lirik benar-benar terasa dan dapat menggambarkan kesakitan jiwa Dhamiah.

“Bukan mudah nak menyampaikan emosi seperti ini dalam lagu. Saya benar-benar cuba meletakkan diri saya dalam situasi Dhamiah, supaya pendengar boleh merasai apa yang dia lalui,” kata Marsha Milan.

Bagi Hazama, yang bertanggungjawab menulis lirik, Marsha berjaya memberikan nyawa kepada lagu ini. “Marsha bukan sekadar menyanyi, dia bawa lagu ini ke satu tahap yang berbeza. Setiap lirik yang saya tulis terasa lebih hidup bila dia menyampaikannya,” katanya.

Apa yang membuatkan Tangisan Seorang Pendosa begitu istimewa adalah kemampuannya untuk berdiri sendiri sebagai sebuah lagu yang mempunyai makna mendalam. Ia menyentuh tema keinsafan, penyesalan, dan perjuangan batin—sesuatu yang ramai orang boleh kaitkan dengan kehidupan mereka sendiri.

Kini, Tangisan Seorang Pendosa boleh didengarkan di semua platform penstriman utama seperti Spotify dan YouTube Music. Bagi peminat drama, jangan lupa saksikan Keluarga Itu yang ditayangkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau strim 24 jam lebih awal di Tonton.

Ikuti perkembangan Marsha Milan dan Alternate Records & Talents melalui akaun rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat