Tabik, buat Sarjan Mejar Rejimen ATM PW 1 Hayazi Abdul Aziz

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Selepas 31 tahun
menabur jasa dan mencurahkan bakti demi negara tercinta, Pegawai Waran Satu (PW 1) Hayazi Abdul Aziz, menamatkan tugasnya sebagai Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM) Pertama .

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) dalam kenyataannya memaklumkan PW 1 Hayazi bakal menamatkan perkhidmatan dan bersara wajib mulai 19 September ini.

Menurut MK ATM, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman telah menyaksikan majlis Serah Terima Tugas SMR ATM di antara PW 1 Hayazi dan PW 1 Shah Amrie Abdullah di Wisma Pertahanan pada Selasa.

PW 1 Shah Amrie menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa SMR ATM sebagai simbolik mengambil alih tugas sebagai SMR ATM Kedua menggantikan PW 1 Hayazi.

Hayazi dilahirkan pada 19 September 1974 di Alor Setar menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) pada 10 April 1993 dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) selama 5 bulan di Port Dickson dan seterusnya pada 3 Oktober 1993 beliau telah ditempatkan di Batalion Ke 9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Kem Terendak, Melaka.

Figura ini, bukan calang-calang orangnya, sememangnya beliau layak menggalas tugas sebagai SMR ATM.

Sepanjang memegang jawatan ini,
beliau merupakan penasihat dan bertanggungjawab terus kepada Panglima Angkatan Tentera mengenai kebajikan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan membawa usul kepada pucuk pimpinan tertinggi ATM berhubung segala pendapat dan masalah anggota untuk perhatian dan tindakan pihak atasan.

Sebagai SMR ATM, beliau ditugaskan mengiringi lawatan dan perbarisan yang dihadiri oleh PAT serta memberi maklum balas kepada pihak atasan berkaitan perkara yang perlu diambil tindakan.

Selain itu, beliau bertanggungjawab untuk menyelia tugas-tugas SMR bagi perkara yang melibatkan rejimental dan pengurusan serta menyelaraskan pengurusan sumber manusia melibatkan anggota LLP yang bertugas di MK ATM.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya ,
beliau telah memegang jawatan lain antaranya, Penolong Ketua Seksyen, Ketua Seksyen, Sarjan Platun, Probos Sarjan, Kompeni Sarjan Mejar dan Pegawai Waren Jurulatih Payung Terjun di 9 RAMD (Para), Ketua Penerjunan di PULPAK, Ketua Seksyen di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan Jurulatih Payung Terjun di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK).

Selain daripada itu, beliau telah diberi mandat memegang jawatan SMR di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 17 Ogos 2006 – 19 Ogos 2009.

Hayazi pernah bertugas sebagai SMR di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 20 Ogos 2009 – 30 Jun 2013, di Markas Medan pada 1 Julai 2013- 29 April 2014, di Kor Infantri pada 30 April 2014 – 6 Mei 2015 dan SMR Tentera Darat pada 7 Mei 2015 – 5 Oktober 2019.

Antara kursus yang beliau hadiri, Asas Payung Terjun di PULPAK, Asas Kerani di 17 RAMD (Para), Kadar Pasukan, Asas Semboyan di 9 RAMD (Para), Jurulatih Abselling Repelling dan Penyelamat Udara di PULPAK serta Pengesan Tempur di PULADA.

Selain itu, kursus Pentadbiran Sarjan Platun (KPSP) di 9 RAMD (Para), Sarjan Platun di PULADA, Pentadbiran Sarjan Mejar Kompeni (KPSMK) di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kawad dan Pentadbiran Pegawai Tidak Tauliah Kanan (KPPTTK) di (IPDA). Semua kursus ini yang dihadirinya beroleh keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

Oleh kerana kepakaran, kewibawaaan yang ditunjukkannya itu, maka beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pucuk pimpinan ATM untuk menyandang tugas sebagai SMR ATM yang pertama pada 27 Oktober 2019 semasa Perbarisan Hari Ulang Tahun ATM Ke-86 di Padang Kawad KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut.

Dalam kenyataan itu lagi, warga ATM mengucapkan selamat bersara serta berterima kasih di atas segala jasa, sumbangan, idea dan tenaga yang telah dicurahkan oleh Hayazi sepanjang tempoh perkhidmatannya di dalam ATM.

Selamat bertugas buat Shah Amrie
yang kini menggalas tugas sebagai SMR ATM yang baharu, ”katanya.

Turut hadir menyaksikan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Timbalan Panglima Tentera Laut; Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj. Ahmad Faudzi dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mejar Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Jaffar. – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat