Kelab Golf Seri Selangor Milik PKNS Kini Tampil Imej Eksklusif

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kelab Golf Seri Selangor (SSGC) menampilkan imej eksklusif apabila menyaksikan penambahbaikan daripada segi kemudahan sebagai usaha menjadi sebuah kelab golf awam yang tiada tandingan di negara ini sejajar usianya mencapai dua dekad.

Kelab golf terletak di Kota Damansara itu menampilkan susun atur yang menghimpunkan keindahan tropika di samping mengetengahkan kemudahan permainan golf yang penuh berprestij itu.

Malah kelab golf yang dilancarkan pada 1998 itu pernah menjadi tuan rumah acara Worldwide Selangor Masters selama lima tahun.

Dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diuruskan SACC Convec Sdn. Bhd., SSGC mempunyai 18 lubang, 6,464 meter dan par-72.

Ketua Pegawai Eksekutif SSGC, Nasrudin Abu Bakar berkata, SSGC bersedia menyediakan kemudahan dan pusat kecemerlangan golf yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat, ianya dianggap sebagai salah satu kelab golf yang paling popular dalam kalangan pemain golf.

Katanya, sejak kelab itu dibuka untuk bermain pada 1998, ia telah mencatatkan 1.2 juta pusingan iaitu satu jumlah yang menakjubkan memandangkan ia hanya 18 lubang.

“Selaras dengan pencapaian 23 tahun lalu, PKNS meluluskan sejumlah peruntukan RM12 juta bagi tujuan menaik taraf pelbagai kemudahan termasuk pengubahsuaian rumah kelab.

“Ia bagi memastikan SSGC mampu mengekalkan kecemerlangan dan daya saing dengan kelab lain di Malaysia,” katanya.

Daripada jumlah kos RM12 juta, Nasrudin berkata, RM6 juta telah dibelanjakan untuk kursus tersebut untuk trek keretanya, pondok separuh jalan yang baharu dan naik taraf kursus siap pada Oktober 2017.

Menurutnya, fasa kedua peningkatan melibatkan peningkatan muka kemudahan dan kemudahan kelab yang telah siap pada awal Disember 2021.

“Penambahbaikan itu bertujuan untuk memastikan SSGC menjadi sebuah kelab golf yang menawarkan khidmat terbaik dan berkualiti kepada para peminat sukan golf,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merasmikan pembukaan SSGC wajah baharu itu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sejurus selepas perasmian itu, satu kejohanan golf diadakan sempena pelancaran SSGC berwajah baharu yang turut disertai lebih 80 pemain termasuk Menteri Besar, jemputan dan wakil-wakil media tempatan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat