Polis Lepaskan Tembakan Selepas Suspek Curi Cuba Langgar Anggota

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas seorang lelaki yang merupakan suspek kes curi kenderaan cuba melanggar anggotanya, di Perumahan Generasi Belia Felda Sungai Sibol, Bandar Tenggara dekat Kota Tinggi, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku sewaktu sepasukan polis hendak memeriksa sebuah rumah sewa di situ.

“Polis mendapat maklumat dan hasil risikan untuk mengesan suspek di rumah sewa berkenaan, tetapi malangnya apabila cuba ditanya, suspek cuba melarikan diri dan cuba melanggar anggota dengan kenderaan,” kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Hussin berkata berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah bahagian tayar kereta suspek.

“Tiada tembakan balas dilakukan oleh suspek dan tiada kecederaan serius juga dialami oleh suspek ketika diberkas oleh polis,” katanya.

Beliau juga menafikan berlaku aksi mengejar suspek, seperti dakwaan netizen yang viral di laman sosial Facebook sejak petang semalam.

Beliau berkata daripada maklumat awal, suspek berkenaan berusia lingkungan 30an dan sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan lanjut.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat