Isa dipenjara 6 tahun, denda RM15.45 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta.

Sekiranya beliau gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara itu boleh ditambah lagi 18 tahun.

Awal hari ini Mohd. Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Rasuah dalam bentuk wang tunai itu diterima melalui menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Buat masa ini pihak pembelaan sedang membuat permohonan bagi menangguhkan hukuman penjara dan denda itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat