18 Kematian, 4,284 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 di dalam negara hari ini meningkat sebanyak 829 kes kepada 4,284 kes daripada 3,455 kes semalam sementara kes kematian menurun kepada 18 daripada 21 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, enam merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,278 kes.

Selangor terus merekodkan jumlah kes baharu harian tertinggi iaitu 1,572 diikuti Johor (964 kes) dan Kuala Lumpur (651), menurut Dr Noor Hisham menerusi Twitter rasminya hari ini.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 pula meningkat kepada 226,912 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 48,309.

Kes yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula 307 dengan 141 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – bERNAMA

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat