PADU hentikan ketirisan subsidi, hapus miskin tegar – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilancarkan bertujuan menghentikan ketirisan dan kebocoran subsidi sekali gus dapat menghapuskan miskin tegar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,PADU akan memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi yang berkesan.

“Selama ini kerajaan membelanjakan sekitar RM22 bilion untuk membantu rakyat miskin dan mereka yang memerlukan khususnya di desa dan pedalaman.

“Namun, semua kajian menunjukkan tidak semua peruntukan ini sampai kepada golongan sasar kerana wujud pelbagai ketirisan.

“Bahkan subsidi yang kini berjumlah hampir RM80 bilion yang sepatutnya hanya dinikmati orang-orang susah, turut dinikmati 3.5 juta warga asing dan golongan mahakaya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Menteri Kewangan itu lagi, mana mungkin masih wujud miskin tegar dalam negara ini sekiranya perbelanjaan berjumlah RM22 bilion dan subsidi RM80 bilion itu semuanya sampai kepada golongan miskin dan orang-orang susah.

“Kerana itu saya tidak sanggup untuk membiarkan ketirisan dana Kerajaan ini berterusan atau membenarkan hak orang-orang susah dirampas golongan kaya dan berkemampuan.

“Justeru, PADU dilancarkan dengan tujuan menghentikan ketirisan dan kebocoran ini bagi memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi yang berkesan,” katanya.

Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula semalam sehingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Semua rakyat berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU yakni https://padu.gov.my/.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat