Intan Payung, AJL36 Kak Ani nyanyi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Bunga Isme, 22, mengesahkan dia akan membuat persembahan bersama Noraniza Idris menyanyikan lagu duet mereka, Intan Payung pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) nanti.

Ia sekaligus menjawab kedudukan penyanyi gantian, Amsyar Leee yang muncul menyanyikan lagu itu bersama Bunga pada Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) pada 31 Disember lalu.

Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari ketika dihubungi berkata dia sangat berterima kasih dengan Amsyar Leee kerana sudi membantunya untuk menyanyi pada  SFMM36 dan menggantikan Noraniza yang berada di Makkah bagi mengerjakan umrah.

“Terima kasih sangat saya ucapkan kepada Amsyar kerana sudi menjadi rakan duet pada SFMM36 dan alhamdulillah gandingan kami dapat mara ke AJL36.

“Semasa AJL36 nanti, alhamdulillah saya akan buat persembahan bersama Kak Ani (Noraniza). Itu mengikut apa yang diberitahu oleh Kak Ani sebab dia akan balik dari umrah tidak lama lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas juga harapannya yang kali pertama akan berentap di kemuncak AJL36, Bunga berkata dia berharap pasukan Intan Payung akan membuat sehabis baik.

“Insya-Allah, kami akan cuba buat ‘all out’ sehabis baik dan yang termampu. Saya juga taknak memikirkan itu (AJL36) sebagai pertandingan, malah saya akan anggap ia salah satu platform peluang membuktikan peningkatan dalam diri saya dan Kak Ani,” katanya.

Terdahulu, pada pentas SFMM36 lalu yang menampilkan Bunga dan Amsyar mendendangkan lagu Intan Payung turut dikecam segelintir netizen yang mungkin kurang selesa dengan cara nyanyian pemuda itu.

Malah, pemilihan lagu Intan Payung yang layak mara ke AJL36 juga  dipersoalkan dan ia akhirnya  dijawab oleh ketua juri SFMM36, Datuk Mokhzani Ismail bahawa lagu itu tiada cacat cela apabila kreativiti komposernya yang berjaya mengolah elemen tradisional.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat