Dua Menteri Bersatu, Seorang dari UMNO bakal digugurkan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan perbincangan empat mata dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan rombakan kabinet membabitkan dua orang Menteri dari parti tersebut.

Ismail Sabri dikatakan tidak berpuas hati dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang gagal memainkan peranan berkesan semasa bencana banjir baru-baru ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara(Nadma) yang terletak di bawah potfolio Dr Latiff dikritik hebat kerana gagal memainkan peranan berkesan mengkoordinasi operasi menyelamat dan memberi bantuan semasa bencana banjir.

Selain Abd Latiff, antara nama lain dijangka digugur dari kabinet ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang kontroversi apabila penularan video yang menampakkan seolah-olah beliau berlakon membersihkan kawasan banjir yang telah bersih.

Satu nama dari UMNO yang dijangka digugurkan ialah Menteri Perpaduan Datuk Halimah Mohamed Sadique yang menjadi kontroversi kerana memberi penjelasan mengenai memberi penjelasan kepada ahli Parlimen mengenai agihan peruntukan RM100 juta Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

M Kula Segaran (PH-Ipoh Barat) mahu Halimah Sadique dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana menimbulkan kekeliruan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Unit Transformasi India Malaysia (Mitra).

Menurut Kula Halimah telah memberitahu Dewan Rakyat pada 17 Nov bahawa beliau akan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai pengeluaran dana itu, yang bertujuan untuk golongan miskin.

Bagaimanapun taklimat tersebut tidak dibuat sehingga Dewan Rakyat ditangguhkan pada pertengahan Disember lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat