Singapura Kesan Dua Penumpang Pesawat Dari Afrika Disyaki Positif Varian Omicron

- Advertisement -

SINGAPURA – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember) didapati ‘positif’ dalam ujian awal bagi varian Omicron COVD-19.

Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan perkara itu dengan memetik kenyataan daripada Kementerian Kesihatan republik itu, pada Khamis.

“Kedua-dua kes telah diasingkan sejurus mereka tiba di Singapura pada 1 Disember, dan belum sempat berinteraksi di dalam komuniti.

“Setakat ini tiada bukti sebarang jangkitan komuniti dari dua kes berkenaan,” kata kenyataan itu.

Kes tersebut kini dalam proses pemulihan di wad yang diasingkan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID). Kedua-dua individu itu telah lengkap divaksinasi, dan hanya mengalami simptom seperti batuk dan sakit tekak.

Kedua-dua individu itu tiba dari Johannesburg dengan menaiki pesawat SQ479 pada Rabu.
Kes 271487 merupakan lelaki berusia 44 tahun adalah penduduk tetap Singapura dan tiba di republik itu dari Mozambique, dan transit di Johannesburg.

Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan, ujian pra-pelepasan kes itu di Mozambique pada 29 November lalu didapati negatif COVID-19.

Kes 271598 pula melibatkan seorang wanita warganegara Singapura yang tiba dari Afrika Selatan.

Ujian pra-pelepasan di Johannesburg pada 29 November turut mendapati dia negatif COVID-19.

Mereka telah menjalani ujian menerusi RT-PCR semasa tiba di Singapura dan dibawa ke pusat kuarantin sementara menunggu keputusan ujian.

Setelah didapati positif, mereka berdua dibawa ke NCID.

“Keputusan ujian RT-PCR mereka mendapati kewujudan S-gene Target Failure yang mungkin berkait dengan varian Omicron.

“Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sedang menjalankan penjujukan genom untuk mengesahkan varian virus itu,” lapor Kementerian Kesihatan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat