Majlis Presiden PN Akan Ditubuhkan- Hamzah Zainudin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang mana akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan PN.

Setiausaha Agung PN, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan tersebut dibuat semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam semalam.

“Majlis Presiden itu adalah sebagai platform bagi membincangkan dasar-dasar kerajaan,

“Dan ia juga berperanan bagi mengukuhkan kerjasama antara parti,” jelas Hamzah melalui kenyataan media Perikatan Nasional dilaman facebook beliau.

Mesyuarat MT Perikatan Nasional yang berlangsung semalam juga dihadiri oleh keempat-empat Timbalab Pengerusi PN Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan, Dato’ Seri Panglima Yong Teck Lee Dato Seri Ahmad Faizal Azumu dan kesemua ahli MT yang lain.

Ujar Hamzah lagi, PN akan segera melaksanakan program-program flagship di seluruh negara untuk membantu kebajikan semua lapisan masyarakat.

Kata Hamzah lagi, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat