9,552 graduan pendidikan ditawarkan jawatan guru gred DG41

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 9,552 graduan pendidikan ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata, keputusan itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) hari ini.

“Urusan pengambilan guru bagi 2023 sedang dilaksanakan oleh SPP dan calon guru akan mendapat keputusan berkaitan permohonan di laman web SPP mulai esok.

“Mereka ini akan mengisi 9,552 kekosongan guru,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menyentuh kekurangan guru di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), katanya, ia bersifat dinamik dan dipengaruhi pelbagai faktor.

“Berdasarkan data KPM sehingga 30 September lalu, jumlah perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah 431,229 orang dengan jumlah diisi adalah 410,336.

“Jumlah kekosongan adalah dinamik dan akan berubah bersifat sementara disebabkan guru keluar daripada sistem atas pelbagai faktor termasuk guru bersara, meninggal dunia, letak jawatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, KPM turut mempergiat kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan unjuran jumlah guru diperlukan mengikut keperluan sebenar dan penetapan hala tuju profesion perguruan bagi jangka panjang. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat