Tergamak samakan BN sebagai pesakit kencing manis – Pas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas melahirkan rasa ‘simpati’ apabila Barisan Nasional (BN) disamakan sebagai pesakit kencing manis.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dalam nada sarkastik bertanya anggota badan yang mana sudah ‘dipotong’ jika benar BN menghidap kencing manis seperti didakwa Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

“Saya tidak pasti nak komen bagaimana, sebab penyokong PH-BN ramai yang marah kata kita (Pas) batu api.

“Sepatutnya portal-portal ini janganlah siarkan berita-berita sebegini, ini lah yang jadi batu api sebenarnya.

“Dalam pada itu, tergamak dia (Cheng Hau) samakan BN sebagai pesakit kencing manis. Sekadar bertanya, anggota mana yang sudah dipotong tu? Tangan, kaki atau hati? soal Ahli Parlimen Pasir Mas itu sinis.

Semalam, Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai pakar bedah yang telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sehingga mendapat sokongan semula rakyat, terbaharu pada PRK Mahkota.

Cheng Hau mendakwa pada PRK itu lebih 14,000 daripada 27,995 undi diterima calon BN Syed Hussien Syed Abdullah adalah daripada penyokong PH.

Bekas Adun Skudai itu menegaskan, tiada keperluan PH meminta maaf kepada BN dan Umno seperti gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed atas segala tohmahan, tuduhan dan persepsi didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkannya dipandang kotor pengundi.

Cheng Hau, seorang pengamal perubatan mendakwa salah urus ekonomi dan rasuah semasa pemerintahan BN-Umno telah merosakkan negara.

Menurutnya, keadaan itu boleh diibaratkan pesakit kencing manis tenat memerlukan pembedahan amputasi sebelum keadaan gangren pada jari kaki menjadi lebih mudarat.

“PH di bawah pimpinan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) telah melakukan reformasi yang berani seperti amputasi jari-jari kaki gangren yang telah menyelamatkan bukan sahaja Umno tetapi juga negara daripada kemusnahan.

“Oleh itu, BN-Umno bukan sahaja harus menarik balik tuntutannya supaya PH memohon maaf, sebaliknya berterima kasih kepada PH yang umpama seorang pakar bedah berhasrat baik dan cekap melakukan pembedahan amputasi jari kaki gangren dan menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis tenat, katanya dalam kenyataan.

Pesakit kencing manis tenat iaitu BN-Umno sepatutnya berterima kasih kepada PH, pakar bedah yang menyelamatkan nyawanya.

Kelmarin, Nur Jazlan menyeru PH memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas segala tohmahan, tuduhan, dan persepsi yang didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkan parti itu dipandang kotor pengundi.

PH dan BN membentuk kerajaan selepas PRU15 bersama beberapa gabungan parti lain, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada PRU 2022 itu tiada gabungan tunggal mampu membentuk kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat