AIM agih bantuan makanan kepada Sahabat terkesan

- Advertisement -

Tasek Gelugor: Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), YB Datuk Haji Shabudin Yahaya hari ini turun padang menghulurkan sumbangan berupa bakul makanan asas kepada 1,450 Sahabat AIM dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bantuan makanan yang diberikan kepada Sahabat AIM di sekitar  Tasek Gelugor, Permatang Berangan; Sungai Dua dan Telok Air Tawar ini antaranya mengandungi beras, gula, minyak masak, tepung, susu,  bihun, sardin dalam tin dan lain-lain.

Selain Shabudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, hadir bersama pada majlis ringkas yang diadakan di Fig Tree Garden ialah  kepimpinan kanan AIM yang terdiri daripada Pengarah Urusan, Shamir Aziz; Ketua Pegawai Perundangan, Haji Izwandy Che Jan; Ketua Pegawai Maklumat, Mohd Zulkahizam Mohd Zuldin; dan  Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Bagan, YB Nor Hafizah Othman serta beberapa pemimpin setempat.

Untuk rekod, program yang dinamakan Bakul Kasih ini merupakan inisiatif AIM dalam membantu Sahabat di seluruh Negara yang mengalami kesukaran dan kehilangan pendapatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID -19 sejak Mac tahun lalu.

Sehingga kini, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 120,000 isi rumah dengan lebih 30,000 Sahabat sudah menerimanya yang meliputi beberapa negeri antaranya Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka, Kelantan dan Pahang.

Selain Bantuan Bakul Kasih, AIM juga telah melaksanakan  Pakej Rangsangan Ekonomi AIM dan juga moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik dan bersasar.

Sejak ia ditubuhkan juga AIM telah menyalurkan bantuan pinjaman sebanyak RM13,514,000 (Tiga belas juta, lima ratus empat belas ribu Ringgit Malaysia) bagi Cawangan Butterworth.

Dengan kempen Afeksi AIM 2021  – ‘Memberi tanda kasih, menerima tanda sayang’ ini,  apa yang diharapkan ialah bantuan ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat seisi keluarga Sahabat yang menerimanya. Selain itu ia juga dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara pihak pengurusan AIM dengan Sahabat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat