UMNO Jangan Mendabik Dada, Masih Banyak Perlu Diperbaiki – Akmal

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli UMNO supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan yang diraih, sebaliknya terus berusaha membuktikan parti itu telah berubah.

Dalam ucapannya, Akmal berkata kemenangan Barisan Nasional di Johor sebelum ini dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak seharusnya menjadi alasan untuk bersikap bongkak atau mendabik dada.

Menurut beliau, UMNO masih mempunyai banyak tugas untuk dilaksanakan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

“Masih lagi ada rakyat yang was-was kepada UMNO. Jadi jangan salahkan mereka. Mereka betul. Kita kena salahkan diri kita, tengok apa kesalahan kita dan perbaiki kesalahan itu,” katanya.

Beliau berkata UMNO perlu membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu telah belajar daripada kesilapan lalu dan benar-benar berubah dengan mengamalkan kepimpinan yang lebih merendah diri serta mendengar suara rakyat.

Akmal turut menegaskan prinsip perjuangannya adalah membawa suara rakyat kepada kepimpinan, bukannya membawa suara pemimpin kepada rakyat.

Beliau berkata perjuangan UMNO bukan mengenai individu atau siapa yang bakal menjadi calon, sebaliknya memastikan maruah parti terus dipertahankan demi kepentingan rakyat dan generasi akan datang.

Dalam masa sama, beliau menyeru seluruh ahli supaya terus menjaga perpaduan dalam parti serta menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan bersama.

“Perjuangan ini bukan perjuangan saya seorang, tetapi perjuangan kita semua untuk masa depan generasi akan datang,” katanya.

author avatar
Muhammad Hasif
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat