Trump Umum Tangguh Serangan Ke Atas Iran, Desak Perjanjian Segera

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan beliau membatalkan rancangan serangan ketenteraan terhadap Iran dengan syarat satu perjanjian dapat dimeterai dalam tempoh terdekat.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata keputusan itu dibuat bersama Israel selepas menerima permintaan daripada Iran serta beberapa negara di Asia Barat supaya memberi ruang kepada usaha diplomatik.

Menurut beliau, perjanjian yang dicadangkan itu perlu merangkumi pembukaan semula Selat Hormuz sepenuhnya serta penamatan ancaman program nuklear Iran.

Trump turut mendakwa parameter utama perjanjian berkenaan telah dipersetujui, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya.

Sebelum itu, beliau berkata Amerika Syarikat berada pada tahap kesiapsiagaan ketenteraan tertinggi dan bersedia melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran sekiranya rundingan gagal.

Setakat ini, Iran masih belum mengeluarkan sebarang reaksi rasmi terhadap kenyataan Trump.

Pengumuman itu dibuat ketika beberapa media Amerika Syarikat melaporkan Washington dan Israel sedang mempertimbangkan satu lagi gelombang serangan besar yang menyasarkan infrastruktur tenaga Iran.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya di Asia Barat supaya meningkatkan tahap berjaga-jaga serta bersedia menghadapi kemungkinan pembatalan penerbangan, penutupan ruang udara dan gangguan perjalanan sekiranya ketegangan terus memuncak.

Konflik antara Washington dan Tehran kembali memuncak selepas gencatan senjata yang dicapai pada April lalu gagal dipertahankan pada Jun, sekali gus mencetuskan siri serangan balas antara kedua-dua pihak.

Amerika Syarikat sebelum ini melaksanakan gelombang serangan terhadap sasaran Iran sebagai tindak balas terhadap dakwaan cubaan serangan peluru berpandu balistik ke atas tenteranya di rantau berkenaan, manakala Iran pula melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas aset Amerika Syarikat serta menyasarkan perkapalan di Selat Hormuz, laluan strategik yang menjadi nadi penghantaran minyak dunia.

author avatar
Muhammad Hasif
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat