Teladani Ketokohan Tun Dr Ismail Bangunkan Negara – Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat khususnya para pemimpin menghayati dan meneladani ketokohan dan jasa negarawan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam membangunkan negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata, Yang di-Pertuan Agong menyifatkan Allahyarham Tun Dr. Ismail sebagai negarawan yang tiada galang ganti.

“Seri Paduka Baginda juga menyifatkan Allahyarham sebagai antara tokoh dan figura utama perpaduan negara yang telah memainkan peranan yang amat penting dalam mengukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terutamanya pasca-rusuhan dan pasca-perbalahan kaum pada tahun 1969.

“Seri Paduka Baginda bertitah, Allahyarham sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota Jemaah Kabinet Negara juga telah mempamerkan sifat-sifat insan unggul yang berhemah tinggi, berintegriti dan sentiasa bersedia untuk menyumbang demi negara,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Justeru kata beliau, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi harapan agar jasa dan pengorbanan Allahyarham bukan sahaja menadi sumber inspirasi dan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia malah wajib dicontohi oleh para pemimpin masarakat dan politik demi kemakmuran dan keseiahteraan negara yang tercinta.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita dan menyambut baik inisiatif Kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital, mengadakan program pada hari ini (2 Ogos 2023) bagi memperingati jasa dan bakti Allahyarham sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

“Seri Paduka Baginda bertitah, selain memperingati jasa dan memberi penghormatan, inisiatif tersebut juga dapat memupuk dan menaikkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda, agar kita tidak lupa dan mempersia-siakan pengorbanan negarawan seperti
Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ditempatkan dalam kalangan meraka yang beriman dan para solihin,” katanya.

Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, ujar beliau Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang berkekalan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat