“Ada Banyak Isu Nak Luah Kepada PM, Tapi Ada Zahid Pula” – Vigneswaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran hari ini membuka mulut mengenai isu dihadapi parti itu dalam Barisan Nasional (BN) ketika ini, menyifatkan MIC seperti berada di ‘persimpangan jalan’ beberapa bulan ini.

Kata Vigneswaran, untuk beberapa bulan ini, kedudukan MIC seakan berada di persimpangan jalan dan beliau sememangnya tidak senang dengan perkara ini.

Akui beliau, sememangnya ada perbincangan dalam BN, tetapi ia tidak mencerminkan semangat yang kami harapkan.

“Kerusi (pilihan raya) yang kami mahu juga tidak dipenuhi, ” katanya pada pertemuan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta kira-kira 500 pemimpin MIC dari seluruh negara itu.

Jelas Vigneswaran, MIC sudah lama bersama BN dan selama ini parti komponen itu akur dengan keputusan yang dibuat secara bersama dalam gabungan itu.

“Kami tetap bersama BN selama ini dan hanya mengikut ‘saudara’ kami. Kami hanya mahu satu jawatan menteri dan di negeri tertentu, mungkin ada satu jawatan EXCO, tapi kami akur dengan keputusan yang sudah dibuat,” katanya lapor BH pada Rabu.

Ujar beliau, bagi PRN, MIC hanya mahu meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, malah sudah berbincang dengan Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Wakil MIC boleh menang di kerusi itu, tapi UMNO sendiri berebut kerusi itu,” katanya sambil mendakwa Ahmad Zahid pernah memaklumkan akan memberi jawatan dalam kerajaan kepada wakil MIC dan MCA selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tetapi terus senyap.

“Tiada jawatan (wakil MIC) dalam kerajaan, (sebaliknya) mereka yang kalah diberikan tempat, malah tiada satu pun jawatan dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) diberikan. Bukan kita nak jawatan kerajaan, ini mengenai rasa hormat,” katanya.

Beliau turut mengakui ada banyak mahu diluahkan kepada Perdana Menteri, namun tidak sesuai kerana Zahid juga ada pada majlis itu.

Ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Vigneswaran berkata, beliau percaya Perdana Menteri akan menyelesaikan isu berkaitan parti itu dan masalah membelenggu masyarakat India di negara ini, terutama isu miskin tegar.

Katanya, perjumpaan itu memberi isyarat jelas bahasa MIC bukan saja akan menyokong calon BN pada PRN 12 Ogos nanti, tetapi juga sokongan untuk calon PH.

“Kami akan turun padang membantu calon BN-PH terutama di kawasan ramai pengundi India,” katanya turut menjelaskan parti itu yakin dengan kepemimpinan Anwar dalam Kerajaan Perpaduan dan tidak timbul isu tawaran ‘jawatan’ dalam kerajaan bagi mendapatkan sokongan MIC.

“Kami parti yang bermaruah, beri sedikit rasa hormat. Tawaran jawatan tidak menjadi bahan ‘ugutan’ (modal untuk mendapat) untuk kami sokong kerajaan atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran dipetik berkata, keputusan tidak bertanding PRN itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 30 Jun setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli jawatankuasa berkenaan.

Jelasnya, keputusan tidak bertanding di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu itu untuk melindungi kepentingan MIC, yang akan memberi lebih perhatian kepada proses membina struktur parti yang lebih mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Kemudian timbul tanggapan keputusan MIC dan MCA itu kerana hubungan dingin dengan pimpinan tertinggi BN, namun ia ditepis Pengerusi BN yang juga Presiden Umno yang menegaskan dua parti itu mungkin ada alasan tersendiri tidak bertanding dan beliau hormati keputusan mereka.

Malam kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau akan bertemu Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang turut disertai ketua-ketua MIC seluruh negara bagi mendengar dan merungkai segala salah faham yang timbul.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat