Ekonomi Sabah Merosot Sejak 2018 – Najib

Penganjur Korban Luar Negara Emosi, Kasar Ketika Dihubungi

Cyberjaya - Penganjur program korban luar negara di benua Afrika dilihat enggan memberikan kerjasama bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini. Ketika dihubungi, salah seorang...

25 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 12 Kes Kluster Sivagangga – KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat. Ketua Pengarah...

JAIS Arah Surau Di Shah Alam Tutup, Jemaah Kontak Rapat Kluster Sivagangga

KUALA LUMPUR - Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta dan menghentikan semua operasi termasuk solat Jumaat, solat fardu lima...

Peniaga Tak Mengaku Salah Sorok Lebih 200,000 Pelitup Muka

PETALING JAYA - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyembunyikan barang kawalan, iaitu 216,500 keping pelitup muka, Mac...

TMJ Mahu Backhand Mahathir?

JOHOR – Sejurus Mahathir dilaporkan mahu menubuhkan parti baharu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim tampil menunjukkan keperihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi...

KUALA LUMPUR: Menerusi akaun Facebooknya, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa ekonomi Sabah merudum pada tahun 2018 selepas pentadbiran kerajaan negeri bertukar tangan.

Menurut beliau, dalam tempoh 8 tahun sebelum PRU14, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.

Kata Najib, “Misalnya pada tahun 2017, kadar (pertumbuhan) Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia”.

Sementara pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7% berbanding kadar 4.2% untuk Malaysia, tambah Najib lagi.

“Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan mengambil alih”.

“Namun pada tahun 2018, kadar pertumbuhan Sabah jatuh ke 1.5% iaitu paling rendah antara SEMUA negeri-negeri dalam Malaysia, paling rendah sejak 10 tahun yang lalu dan lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan 4.7% Malaysia”.

Dakwa beliau, ini bermakna Sabah semakin ketinggalan dengan negeri-negeri lain bermula tahun 2018.

Jelas beliau, jika diperhatikan, kerajaan PH terdahulu dan kerajaan Warisan Sabah tidak pernah melancarkan dan melaksanakan pelan strategik yang wajar bagi pertumbuhan Sabah.

Projek-projek yang sedia ada dimansuhkan atau dilambatkan seperti Pan Borneo Sabah pada masa bantuan kepada Warga Sabah diturunkan, katanya.

Najib turut mendakwa, projek-projek baru bawah Warisan seperti empangan Papar RM3 bilion diberi kepada kroni syarikat terowong Pulau Pinang yang bertapak di semenanjung manakala projek untuk penyelenggaraan jalan berturap Sabah bernilai RM1.5 bilion pula diberi kepada 5 syarikat secara rundingan terus termasuk ke sebuah syarikat yang terlibat dengan rasuah Menteri Sabah Peter Anthony.

“Itu antara sebab-sebab ekonomi Sabah dijangka semakin lembab di bawah Warisan”, jelas Najib diakhir hantarannya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Penganjur Korban Luar Negara Emosi, Kasar Ketika Dihubungi

Cyberjaya - Penganjur program korban luar negara di benua Afrika dilihat enggan memberikan kerjasama bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini. Ketika dihubungi, salah seorang...

TMJ Mahu Backhand Mahathir?

JOHOR – Sejurus Mahathir dilaporkan mahu menubuhkan parti baharu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim tampil menunjukkan keperihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi...

Mukhriz Presiden Parti Mahathir

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai presiden interim parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Dr Mahathir, buat masa ini...