Anak Ratu Elizabeth, Terpalit Dengan Skandal Seks Budak Bawah Umur?

- Advertisement -

UK: Putera Andrew, Duke of York, 60, telah dituduh dalam satu dokumen Mahkamah Ghislaine Maxwell sebagai “individu berkuasa” yang didakwa mengambil bahagian dalam “pesta seks dengan ramai gadis di bawah umur”.

Tuduhan ini dibuat oleh Vriginia Gliuffre yang dikatakan sebagai ‘hamba seks’ kepada Jeffrey Epstein – individu berpengaruh di negara itu yang didapati terbabit dalam skandal seks dengan gadis bawah umur.

Difahamkan dokumen Mahkamah yang menyebut tentang dakwaan itu, cuba dirahsiakan tetapi terbocor juga kepada media.

Putera itu juga didakwa menekan pihak berkuasa Amerika Syarikat pada tahun 2007 untuk menawarkan persetujuan bersama ketika Jeffery Epstein sedang menghadapi tuduhan mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Dalam satu dokumen yang dibuka hakim Mahkamah di New York, Gliuffre ditanya secara bersumpah, apa yang Putera itu tahu mengenai Jeffery Epstein dimana Gliuferre menjawab, “Beliau tahu banyak (kebenaran).” Dia kemudian mencadangkan agar Putera Andrew bercakap untuk melindungi dirinya.

Dia berkata: “Sekali lagi, saya tidak tahu berapa banyak yang dia dapat bantu anda, tetapi melihat dirinya dalam banyak masalah hari ini, saya rasa dia mungkin, jadi saya rasa dia mungkin berharga.”

Putera masih belum bercakap dengan FBI mengenai Epstein, yang membunuh diri dalam penjara Ogos tahun lalu, ketika berusia 66 tahun.

Peguam Spencer Kuvin, yang selama 10 tahun telah mewakili wanita yang dianiaya oleh Epstein, mengatakan kepada Mirror: “Putera Andrew harus menjawabnya, tentang pendedahan terbaru ini, dan kami akan terus meminta dia untuk ke depan, menjadi seorang lelaki, dan bercakap benar tentang apa yang dia tahu – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat