Pengasas RHB Bank, Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Presiden UIAM ke -10

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Tokoh korporat yang juga pengasas Kumpulan Perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke -10 untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2028.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selaku Ketua Perlembagaan UIAM telah memberi perkenan melantik Abdul Rashid sebagai Presiden UIAM.

“Pelantikan ini bagi menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang telah tamat tempoh pelantikan pada 30 Jun lalu.

“Berdasarkan kepada ketokohan dan kewibawaan Abdul Rashid dalam sektor korporat negara terutama dalam bidang kewangan Islam melayakkannya dilantik sebagai Presiden UIAM ,”kata kenyataan itu pada Selasa.

“Abdul Rashid kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) sejak 2023 bukanlah orang baharu dalam bidang pendidikan tinggi apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Gabenor UIAM pada 2018 hingga kini.

“Beliau turut menyandang jawatan Pro-Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mulai 2024, ”katanya.

“Kementerian yakin dengan pelantikan ini, akan memperkukuh lagi peranan UIAM sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang berteraskan nilai-nilai Islam, sekali gus meningkatkan keterlihatan dan daya saingnya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Di kesempatan ini kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Samsudin Osman atas jasa bakti beliau sebagai Presiden UIAM sebelum ini, ”kata kenyataan itu lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat