Politik kebencian kian menebal, kerajaan dikecam habis-habisan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri akui bimbang dengan persekitaran politik kebencian yang semakin menebal di negara ini sehingga fakta tidak dipedulikan sama sekali.

Datuk Seri Anwar Ibarhim berkata, apa sahaja yang dilakukan kerajaan akan dikritik dan dikecam habis-habisan.

“Tidak mudah dalam negara ini kerana politik kebencian terlalu menebal.

“Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi, fakta tidak dipedulikan sama sekali.

“Jadi yang diutarakan ialah kebencian, apakah ini harus mengganggu kita? Tidak,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pagi Selasa sambil mengingatkan seluruh pasukan penjawat awam untuk bermuhasabah tatkala melaksanakan amanah dan tugas.

Kata Anwar, kita perlu senantiasa mempersoal, selain berfikir, pada nurani apakah upaya yang kita lakukan ini adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, baik yang kaya mahupun yang miskin dan melarat.

“Saya mempertaruh cita-cita yang tinggi untuk Malaysia. Keyakinan saya sangat besar bahawa martabat dan tahap kekayaan negara dapat ditingkatkan lebih tinggi.

“Abaikan suara-suara sumbang yang mencela niat dan upaya murni ini dan usah terheret dengan budaya politik kebencian di negara ini yang terus menebal. Fakta sama sekali tidak dipedulikan. Yang dilontarkan hanyalah kebencian.

“Upaya Kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat memerlukan pelaksanaan kebijakan-kebijakan yang adil. Sebagai contoh, apakah kita mampu membiarkan sebahagian besar hasil mahsul negara terbazir untuk kegiatan dan budaya rasuah dan subsidi yang tidak tepat sampai kepada kumpulan sasaran,” kata Anwar.

Menteri Kewangan itu menambah, rasuah yang terus berlanjut akan menghalangi sebahagian besar rakyat dari bantuan dan infrastruktur penting.

“Kita semua sedar bahawa sistem perkhidmatan awam dan prasarana dibiar usang dan tidak mencukupi. Justeru, timbul persoalan apakah dasar-dasar yang lalu—atau yang sedia ada—memaknai keadilan buat semua insan?

“Kita perlu menyedia dan memberikan ruang kepada semua agar mereka yang terpinggir ini dapat dibela. Ini makna mobiliti sosial. Untuk melonjak darjat negara, kita mesti memaknai keadilan dengan dasar-dasar yang adil, progresif dan terangkum demi rakyat terbanyak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat