KDN kesan 160 ‘jalan tikus’ di sempadan Kelantan, Perlis dan Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejumlah 160 jalan tikus telah berjaya dikesan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sempadan negara terutamanya di Kelantan, Perlis dan Kedah.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah itu jelas melebihi jumlah pintu sempadan rasmi yang terdapat di tiga buah negeri selama ini.

“Jalan tikus bermakna laluan yang tidak diwartakan oleh kedua-dua negara yang bersempadan.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya maklum akan isu jalan tikus ini,” katanya Ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Saifuddin berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu mengenai langkah membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui laluan tikus di sempadan negara.

Tambah beliau, dari Januari hingga Jun lalu, sejumlah 61,152 orang telah ditahan kerana memasuki Malaysia tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

Untuk rekod sebelum ini, terdapat keseluruhan 140 pintu masuk antarabangsa rasmi dengan kebanyakannya berada di Kedah, Perlis dan Kelantan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat