Calon Kerajaan Perpaduan mampu menang PRK Sungai Bakap – Ahmad Zahid

- Advertisement -

NIBONG TEBAL – Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata keyakinan tersebut adalah bersandarkan kepada gerak kerja kempen jentera BN dan UMNO yang telah melaksanakan kaedah tertentu untuk mendekati sekali gus menarik sokongan pengundi muda kepada calon Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin.

Beliau berkata jentera pilihan raya parti itu turut memberi tumpuan terhadap 5,105 ahli UMNO yang merupakan pengundi di DUN Sungai Bakap sejak pengisytiharan calon yang bertanding pada 22 Jun lepas.

“Untuk anak-anak muda, telah ada program tertentu yang kita laksanakan. Mereka mungkin bersentimen sebaliknya tetapi apabila pendekatan dilakukan dengan kaedah terbaik dan sesuai dengan cita rasa mereka, saya fikir akhirnya pada hari pengundian, mereka akan mengundi Dr Joohari Ariffin iaitu calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“Kita akan menang, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor di sini hari ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat