Doa kematian Hj Hadi dan Tun M, PM Minta Zaki Yamani Mohon Maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pengguna akaun Twitter Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.

Anwar dalam ciapan Twitternya kesal dengan tindakan pengguna tersebut.

 

 

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadap Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” tulis beliau.

Terdahulu, pengguna Twitter berkenaan menulis sebuah kenyataan biadap terhadap keadaan kesihatan terkini Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang, hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-mu.

“P/S: Ambil sekali Mahathir”. tulis Zaki Yamani yang juga pembantu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Hj Abdul Hadi Awang kini menerima rawatan dan pemantauan oleh doktor akibat kesihatan yang merosot.

Menerusi kenyataan anakandanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi kesihatan ayahandanya Abdul Hadi sudah kelihatan uzur ketika pelancaran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN), baru-baru ini.

“Mohon doa & solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

“Malah kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua.” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat