Zahid Nakhoda Harapan Kebangkitan UMNO

realme Lancar Watch S Pro, Jam Tangan Pintar Yang Ranggi Dan Praktikal

Mulai memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan telefon pintar berbaloi dan mampu milik, realme kini nampaknya semakin melebarkan jaringan produk yang ditawarkan dengan penawaran jam...

Ahmad Zahid kongsi minat motosikal legend

KUALA LUMPUR – Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membuatkan orang ramai banyak masa luang, tidak ketinggalan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Bermula Hari Ini, Burger King Malaysia Mahu Beri 5 Unit PlayStation 5 Buat Para Pelanggan

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba, Burger King bakal memberikan peluang untuk anda menangi PlayStation 5 (PS5) secara percuma. Bukan 1 tapi 5 unit...

Wawa Zainal, tiga anak negatif Covid-19

Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 bersama tiga anaknya disahkan negatif, hari ini. Wawa berkata, keputusan itu diperoleh selepas membuat ujian...

PKP: Produksi drama Angkara Cinta ‘sangkut’ di Ipoh

Kuala Lumpur: Pasukan produksi dan pelakon drama Angkara Cinta mengambil keputusan untuk kekal berada di Ipoh, Perak sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di...

Oleh: Awang Makmur

Hari ini (30 Jun 2020), genaplah dua tahun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO selepas memenangi jawatan itu pada pemilihan parti 2018.

Tarikh itu juga genap setahun beliau kembali meneruskan tugasnya sebagai Presiden UMNO selepas ‘berehat’ lebih enam bulan. Satu tarikh yang mempunyai dua signifikan besar bukan sahaja kepada UMNO dan BN malah politik tanah air.

Dr Zahid telah mengumumkan keputusannya bercuti pada 18 Disember 2018 dan menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam tempoh hampir dua tahun menyandang jawatan Presiden UMNO terutama tahun kedua iaitu selepas kembali daripada berehat Dr Zahid telah memainkan peranan besar dalam mencorakkan senario politik negara.

Beliau perancang utama (mastermind) kepada beberapa gerakan politik yang memberi impak besar antaranya pembentukan Muafakat Nasional bersama PAS dan kejatuhan kerajaan PH serta digantikan dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebagai Presiden UMNO, Dr Zahid telah memperbetulkan banyak perkara dan mengolah strategi baharu yang dapat menyelamatkan UMNO yang umpama bahtera hampir karam.

Beliau mengurus krisis yang melanda UMNO dengan baik walaupun pada awalnya tidak diberi keyakinan dan harapan besar. Ini termasuk memastikan UMNO berada pada kedudukan kukuh dan teguh di sebalik pelbagai tekanan daripada kerajaan PH, penghinaan, fitnah serta tohmahan.

Parti itu telah mengadakan perhimpunan agung mahupun persidangan bahagian serta cawangan dengan sambutan hebat berbanding Bersatu, PKR dan Amanah yang lesu meskipun berada dalam kerajaan. UMNO tidak berpecah dua sebagaimana Team A dan Team B ketika krisis 1988. Dengan kata lain hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad, para pemimpin DAP dan PKR mahu melihat orang Melayu meninggalkan UMNO gagal dan tidak kesampaian. Sebaliknya UMNO masih berdiri gagah dan terus menarik lebih banyak sokongan orang Melayu berbanding ketika hari pengundian PRU-14.

Dr Zahid telah melakukan pembaharuan dan keterbukaan semasa pemilihan UMNO 2018 dengan semua jawatan dalam UMNO dibuka dan dipertandingkan termasuk jawatan Presiden dan timbalan Presiden. Ia merupakan sejarah kerana sejak krisis UMNO pada 1988 jawatan Presiden dan timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Bukan itu sahaja Dr Zahid membuktikan beliau adalah pemimpin yang menang dalam pertarungan melalui pemilihan dan bukannya tanpa bertanding. Mandat perwakilan dan akar umbi itu amat berharga bagi pemimpin yang diuji di gelanggang sebenar.

Di peringkat awal, Dr Zahid selalu dipersoalkan termasuk kononnya beliau tidak punya hala tuju. Apakah dengan memenangi lima pilihan raya kecil (PRK), tumbangkan kerajaan PH dan UMNO menjadi sebahagian kerajaan PN, bukan hala tuju? Dalam tempoh 12 bulan, UMNO kembali menjadi sebahagian dari kerajaan dan berjaya mendapatkan Johor, Melaka serta bersama-sama terlibat menukar kerajaan negeri PH di Perak dan Kedah. Dalam tempoh 12 bulan, Zahid berjaya membentuk dan perkukuhkan Muafakat Nasional. Itu bukan hala tujukah?

Pembentukan Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS yang selama ini dianggap mustahil untuk disatukan, akhirnya menjadi kenyataan pada era Dr Zahid sebagai Presiden UMNO.

Siapa menduga ahli-ahli UMNO dan PAS boleh duduk bersama di Dewan Merdeka, PWTC berkongsi agenda politik. Berdoa bersama, melaungkan takbir bersama dan menyanyikan lagu parti masing-masing bersama. Ramai yang berada di dalam PWTC yang tidak dapat menahan sebak dan menangis dengan detik-detik sebegini. Begitu juga dengan para penyokong dan majoriti orang Islam yang bersyukur serta gembira atas penyatuan tersebut.

Program bersama antara UMNO dan PAS turut diperluaskan di peringkat negeri dan bahagian di seluruh negara, yang mengukuhkan lagi semangat Piagam Muafakat Nasional.

Kesibukan beliau mengurus perihal UMNO adalah seperti biasa walaupun bekerja dari rumah. Sebenarnya tiada istilah cuti pada jiwa Zahid dan beliau memainkan peranannya tersendiri, yang tidak diketahui ramai. Sepanjang bercuti, beliau merancang di belakang tabir termasuk dalam menghadapi beberapa PRK. Walau apa pun tafsiran, hakikatnya kejayaan BN/UMNO pada kelima-lima PRK juga adalah manifestasi kepada kepimpinan Dr Zahid memainkan peranannya dengan sabar, tenang dan fokus.

Pastinya sumbangan beliau yang lebih signifikan dan memberi impak besar selepas Dr Zahid menamatkan ‘tempoh berehat’ bagi meneruskan tugas sebagai Presiden. Maka bermulalah episod-episod yang semakin menyaksikan Dr Zahid adalah penyelamat UMNO, yang hakikat itu tidak boleh dinafikan.

Apa yang boleh dijangka selepas 1 Julai 2020? Kedudukan UMNO dan BN akan lebih kukuh serta telah bersedia untuk memenangi PRU-15 bagi menerajui semula kerajaan.

Penerimaan dan keyakinan rakyat terutama orang Melayu kepada Dr Zahid melonjak. Daripada selalu diambil mudah dan disalahertikan sebelum ini, Dr Zahid lebih dihormati dan mulai digeruni lawan mahupun kawan.

Kini Dr Zahid menjadi nakhoda harapan bagi membawa kebangkitan sebenar kepada pelayaran baharu bahtera UMNO. Beliau akan melonjakkan parti keramat ini ke dimensi baharu.

Dr Zahid telah membuktikan rekod cemerlang, lasak dan teruji sepanjang dua tahun menerajui UMNO. Cabaran besar tetap menanti beliau, tetap berliku dan tetap berdepan kompleksiti, namun Dr Zahid pastinya jauh lebih bersedia dengan misinya sebagai penyelamat politik bangsa. Pasti rakyat akan membuat pilihan tepat memilih BN yang diterajui Zahid pada 4 Julai ini.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...