Selepas KJ, Wakil Rakyat PAS Pula Cadang Johari Jadi Menteri Kewangan 2

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan yang kompeten dan bertugas sepenuh masa bagi menangani kejatuhan nilai ringgit.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa di Kementerian Kewangan.

“A strong, formidable, convincing Finance Minister’, kerana hampir mustahil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memikul dwi-fungsi ini dalam tempoh kritikal sekarang.

“Diketahui bahawa wewenang Menteri Kewangan sangatlah rumit, perlu membuat banyak keputusan penting, menyemak dan menandatangani banyak dokumen setiap hari. Malah sebahagian tugasan sulit ini tidak boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, apatah lagi Timbalan Menteri bukanlah ahli Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri.

“Justeru bagi meringankan beban Anwar, saya syorkan bolehlah dilantik seorang ‘Menteri Kewangan Kedua’ dari kalangan Teknokrat berkaliber, ataupun dilantik YB Ahli Parlimen Titiwangsa yang tidak kurang layaknya, seperti dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin tempoh hari,” ujarnya.

Syahir mengemukakan cadangan itu sambil menjelaskan kritikannya sebelum ini mengenai kejatuhan ringgit disebabkan Malaysia tidak memiliki menteri kewangan sepenuh masa bukan untuk menyalahkan Anwar sebaliknya jalan penyelesaian perlu dilakukan kerajaan.

“YAB, saya tidak sebut puncanya, tetapi fokus kepada penyelesaiannya,” jelas Syahir.

Terdahulu Anwar menyangkal kejatuhan ringgit ketika ini disebabkan ketiadaan menteri kewangan sepenuh masa.

Ketika menyangkal dakwaan Syahir, Perdana Menteri menjelaskan, kejatuhan ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya kekangan antarabangsa.

Syahir sebelum ini menyatakan bahawa kejatuhan ringgit disebabkan Malaysia tidak memiliki menteri kewangan sepenuh masa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat