Krisis Bekalan Air 1998 Dijangka Tidak Berulang -SPAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak menghadapi krisis bekalan air seperti pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Azrul Raimee Ramli, menjangkakan sedemikian selepas mengambil kira laporan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selain situasi fenomena pemanasan global pada masa kini.

“Apabila kita sebut krisis bekalan air ini bermakna tiada bekalan air kepada pengguna dalam tempoh panjang seperti yang berlaku pada 1998 akibat penyusutan beberapa empangan utama dalam negara.

“Pemantauan SPAN berhubung status semasa bagi 43 empangan air di seluruh negara setakat ini mendapati hampir keseluruhan empangan berada pada paras melebihi 90 peratus.

“Hanya tujuh empangan sedang dipantau berikutan berlaku penurunan paras air hampir 50 peratus, namun ia tidak melebihi paras amaran,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai krisis bekalan air negara ketika musim panas pada program Ruang Bicara terbitan BERNAMATV, semalam.

Menurutnya, tujuh empangan berkenaan ialah Empangan Timah-Tasoh, Perlis; Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, Pulau Pinang; Empangan Sungai Muda, Empangan Maulud, Kedah; Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Sembrong, Johor.

Pada masa sama, katanya, bagi memastikan bekalan air baik dan teratur, SPAN sentiasa melaksanakan pemantauan empangan utama di Semenanjung dan menyediakan pelan kesiapsiagaan membabitkan kerjasama pelbagai pihak dan operator air.

Mengulas sekiranya berlaku krisis bekalan air seperti yang berlaku pada 1998, Azrul berkata, kerajaan boleh melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi mengehadkan kadar penggunaan untuk kegunaan penting demi kelangsungan bekalan air.

“Selain itu, kita akan lihat pada keperluan untuk melaksanakan catuan bekalan air ataupun bekalan air berjadual.

“Dalam situasi ini, pihak operator air dan kerajaan negeri perlu bersama-sama melaksanakan catuan air.

“Kita harap ia tidak berlaku, sekiranya berlaku seperti tahun 1998, untuk memastikan bekalan air di empangan dan sungai kita bertahan lebih lama, ia mungkinkeperluan terakhir,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,207FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat