Bukit Aman terima kertas siasatan MP Raub halang penjawat awam, tindakan lanjut menyusul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes dua individu termasuk Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui menghalang penjawat awam ketika operasi penguatkuasaan kebun durian haram pada 10 April lalu, sudah dihantar ke Bahagian Perundangan Bukit Aman minggu lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, berkata kertas siasatan itu yang sudah dilengkapkan pihak dan dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kita hanya menunggu arahan lanjut sebelum kertas siasatan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” lapor BH di Kuantan pada Jumaat.

Pada 15 April lalu, Yu Hui dan bersama Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub.

Kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau itu membabitkan kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, polis bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan meningkatkan penguatkuasaan serta kawalan untuk memastikan tiada lagi pencerobohan tanah di negeri ini.

Katanya, kawalan bukan di tanah pencerobohan itu di daerah Raub tetapi seluruh Pahang.

“Kita minta pekebun tidak menceroboh masuk tanah untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat