BGM Burgerman Jalin Kerjasama Dengan King Of Road Trip Untuk Khidmat Penghantaran Ke Seluruh Semenanjung Malaysia

- Advertisement -

Cyberjaya, 2 Mei – BGM Burgerman merupakan jenama terbaru Restoran makanan segera tempatan yang baru sahaja beroperasi di Bandar Baru Bangi pada November tahun lalu.

Ia menyajikan menu Burger dan ayam goreng sebagai sajian utama dengan konsep dan sistem makanan segera yang mula diterima dengan baik oleh penduduk Bangi dan sekitarnya.

Menurut Pengasasnya, Nordin Mat, menu paling laris dan disukai ramai ketika ini adalah BGM Double Cheese Burger yang dikatakan kualitinya setanding dengan burger restoran makanan segera jenama antarabangsa.

“Alhamdulillah, semua menu-menu tersebut kita dapati mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pelanggan di mana mereka sangat berpuas hati apabila menikmati sajian menu kita buat pertama kali.

Malah kami juga dapati ada pelanggan dari sekitar Bangi yang telah datang menjamu sajian kami 21 kali dalam tempoh empat bulan kami beroperasi.”

Tambah Nordin, atas permintaan yang sangat kuat ini, BGM telah berkolaborasi dengan pihak King Of Road Trip (KORT) untuk operasi khidmat penghantaran merentasi ke semua negeri di Semenanjung Malaysia bagi membolehkan burger ini dinikmati oleh semua penggemar burger dalam siri jelajah yang dinamakan “DCB Tour”.

“Ini membolehkan sajian menu BGM Burgerman boleh dinikmati dari jauh walaupun premis kami hanya terletak di Bandar Baru Bangi.

Saya memberi jaminan bahawa pelanggan dari jauh tidak akan kecewa dengan sajian menu yang kami bawakan untuk anda yang berada jauh dari kami,” jelas Nordin.

Sementara itu Pengasas, Mohd Akiff bin Shukri berkata, KORT yang bermula pada tahun 2019, mempunyai kepakaran membuat penghantaran produk-produk makanan viral kepada pelanggan di mana jua berada dan pada ketika ini telah memiliki 20 orang petugas dengan 10 kenderaan.

“Kami telah membuktikan sistem khidmat penghantaran kami bagi produk makanan mencapai standard yang memuaskan hati pelanggan kami dan hari ini kami dengan senang hati untuk menjalin kerjasama dengan BGM Burgerman untuk memenuhi hasrat dan keinginan peminat burger asli tempatan di lokasi yang jauh dari premis BGM Burgerman di Bangi ini.”

Mereka akan bergerak setiap hari ke lokasi beratus kilometer dari utara, selatan dan hingga ke negeri Pantai Timur bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kerjasama BGM dan KORT ini akan membawa 4 jenis Burger BGM iaitu Beef Burger, Cheese Burger , Double Cheese Burger dan juga Mega Burger ke semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Sebagai permulaan , 4 negeri yang telah dikenalpasti adalah
1. Johor – 15 hb Mei
2. Perak – 23 hb Mei
3. Pahang/Terengganu – 30 hb Mei
4. Penang/Kedah – 5 hb Jun

Bagi mereka yang ingin membuat pesanan burger tersebut boleh menghubungi : 01124220310
Dan kepada yang berminat menjadi Agen jualan burger iaitu sebagai BGM friends boleh hubungi : 0147139169

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat