Anwar Telefon Marcos Jr. Bincang ASEAN dan Krisis Myanmar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan panggilan telefon bersama Presiden Filipina, Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr. bagi membincangkan beberapa perkembangan berkaitan ASEAN serta isu-isu global semasa.

Menerusi satu hantaran Facebook rasminya, Anwar berkata perbualan tersebut turut menyentuh hasrat Malaysia agar gencatan senjata di Myanmar diteruskan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan secara berterusan kepada penduduk yang terjejas.

“Kami juga senada bahawa sebarang bentuk bantuan perlu disalurkan tanpa sebarang diskriminasi atau sekatan,” katanya.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai isu tarif global dan menekankan bahawa sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh memanfaatkan kedudukannya untuk menunjukkan kepentingan ASEAN kepada Amerika Syarikat dalam rundingan-rundingan berkaitan.

Anwar turut menyambut baik keputusan Amerika Syarikat menangguhkan pelaksanaan tarif selama 90 hari, yang menurutnya memberi kelegaan dan ruang untuk perbincangan lanjut melibatkan beberapa jenis produk di mana Malaysia mempunyai kelebihan.

“Saya maklumkan bahawa Malaysia boleh manfaatkan kedudukannya untuk menunjukkan kepentingannya kepada AS dalam rundingan tarif global,” tambah beliau.

Mengakhiri perbualan, Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Marcos Jr. menjelang Pilihan Raya Umum Filipina yang dijadual berlangsung pada 12 Mei ini, serta menyatakan harapan untuk bertemu semula dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat