Cristiano Ronaldo Akan Tinggalkan Kelab Al-Nassr?

- Advertisement -

MADRID – Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu meninggalkan Al-Nassr hanya beberapa bulan selepas meninggalkan Manchester United.

Bintang Portugal itu bersetuju menamatkan kontraknya bersama United susulan temuramah ‘panasnya’ bersama Piers Morgan.

Pemain berusia 38 tahun itu menandatangani kontrak bernilai RM974 juta setahun sehingga 2025 bersama gergasi Arab Saudi itu.

Namun, difahamkan Real Madrid bersetuju menawarkan posisi sebagai duta pasukan seperti yang dilaporkan media Sepanyol, El Nacional.

Media Sepanyol itu melaporkan ‘Florentino Perez (Presiden Real Madrid) memberi jaminan bahawa Ronaldo akan tetap ada kerja di Santiago Bernabeu.’

‘Cuma bukan lagi sebagai pemain kerana kariernya sebagai pemain boleh dianggap sudah berakhir.’

Ronaldo adalah legenda di Real Madrid selepas meledak 451 gol dalam 438 penampilan di Bernabeu.

Dia merangkul empat gelaran Liga Juara-Juara, tiga Piala Dunia Kelab dan Piala Super Eropah, dua gelaran La Liga, dua gelaran Copa del Rey serta dua Piala Super Sepanyol. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat