Adun DAP Selangor Letak Jawatan Setiausaha Organisasi Parti

- Advertisement -

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Bryan Lai Wai Chong meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP Selangor berkuat kuasa serta-merta.

Perkara ini dimaklumkan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo setelah ia diterima Jawatankuasa DAP negeri dalam mesyuarat petang tadi.

“Surat peletakan jawatan tersebut telah dikemukakan kepada saya selaku Pengerusi DAP Negeri Selangor,” kata beliau dalam kenyataan.

“Berikutan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Selangor telah diadakan petang tadi dan peletakan jawatan Bryan Lai telah diluluskan oleh Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.”

Namun, beliau berkata, Lai masih kekal sebagai ahli biasa DAP dan juga wakil rakyat DAP bagi DUN Teratai.

“Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan,” kata beliau, sambil memaklumkan, tugas itu akan dipangku ADUN Banting Lau Weng San berkuat kuasa hari ini. – FMT

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat