Kos PRN Enam Negeri Dianggar Telan Setengah Bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kos pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dianggarkan melebihi setengah billion atau kira-kira RM576 juta apabila enam negeri bakal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serentak pada Jun ini.

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN dalam dua minggu terakhir Jun.

Anggaran kos perbelanjaan itu dinilai berdasarkan pelaksanaan PRN Johor pada 12 Mac tahun lalu yang mencecah RM96 juta bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskan perjalanan PRN itu membabitkan 56 kawasan DUN dengan jumlah pemilih seramai 2.597 juta orang.

Bagaimanapun lapor Utusan, enam negeri itu menyaksikan hanya Selangor mempunyai jumlah pemilih lebih tinggi berban­ding Johor sebanyak 3,725,443 pengundi, namun hanya mempunyai 22 kawasan DUN.

Ini diikuti negeri Kedah melibatkan 1,575,805 pemilih dengan 36 kawasan DUN; Kelantan (1.4 juta pemilih dengan 45 kawasan DUN) dan Pulau Pinang (1,277,483 pemilih dengan 40 DUN).

Dua negeri merekodkan jumlah pemilih kurang dari sejuta orang iaitu Terengganu berjumlah 922,101 pemilih dengan 32 kawasan DUN dan Negeri Sembilan pula seramai 850,865 pemilih dengan 36 kawasan DUN.

Bagaimanapun, daftar pemilih tambahan akan meningkat setiap bulan melalui pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik berumur 18 tahun dan ke atas yang diperakukan dan diwartakan setiap pertengahan bulan.

Kos perbelanjaan SPR itu melibatkan operasi seperti ke­perluan logistik, sistem rangkai­an dan peralatan sokongan ke atas petugas turut diambil kira selain kos bagi pembangunan teknologi komunikasi maklumat (ICT), elaun petugas dan keperluan lain berkaitan.

Susulan negara kini dalam tempoh endemik Covid-19, kos bagi pelaksanaan PRN enam negeri ini mungkin tidak lagi mengambil kira kos-kos pengurusan melibatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan wabak itu sebagaimana dilaksanakan ketika PRN Sabah, Sarawak dan Melaka.

Sebelum ini kerajaan membe­lanjakan RM420 juta bagi melaksanakan empat PRN meliputi RM130 juta bagi PRN Sabah; PRN Melaka (RM45 juta); PRN Sarawak (RM149 juta) dan PRN Johor (RM96 juta).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat