Muhyiddin akan kekal PM meski tanpa majoriti – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Buat masa ini tidak ada pihak yang mempunyai majoriti untuk melawan kerusi Perdana Menteri yang berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan itu ujar beliau, kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kekal walaupun tidak mempunyai majoriti.

Bekas Perdana Menteri itu me, buat masa ini tidak ada pihak yang mempunyai majoriti untuk melawan kerusi yang berpihak kepada Muhyiddin.

“Mungkin (pihak lain) tidak ada (majoriti),” katanya dalam program Minda Profesor Negara bersama Bicara Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose apakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh digugat.

“Apabila kerajaan sekarang tidak mempunyai majoriti, ada pihak lain yang boleh datang menyatakan mereka mempunyai jumlah yang cukup?, soal Dr Raduan.

Program itu dihoskan felo Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, pelaksanaan Proklamasi Darurat yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin adalah tindakan yang salah dan tidak boleh dilakukan.

“Hakikatnya ialah Muhyiddin tidak boleh guna darurat untuk kekalkan diri dia sebagai Perdana Menteri, itu yang salah,” katanya.

Pada majlis Malaysia Prihatin di Putrajaya semalam, Muhyiddin berkata, Proklamasi Darurat bukan langkah untuk beliau terus kekal berkuasa seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi. Justeru, tidak ada satu pun daripada ordinan ini yang bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

“Malah, darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos 2021. Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat,” katanya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat