Bersatu, UMNO berebut jawatan ketua kampung di Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya tidak ada titik damai hubungan Bersatu dan UMNO kali ini didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi.

Memetik Malaysiakini, masalah berlaku di Johor dan menyentuh isu kemelut pelantikan ketua kampung.

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor Muhammad Shamsuddin Paijan berkata ramai ketua kampung yang baru dilantik dikuasai orang UMNO.

“Hari ini heboh seluruh Johor mengenai surat pelantikan ketua-ketua kampung di mukim-mukim seluruh negeri Johor yang kebanyakan berpihak kepada satu parti sahaja.

“Hal ini menunjukkan Datuk Ir Hasni Mohamad selaku Menteri Besar Johor langsung tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional (PN) ang beliau sendiri pernah laungkan sebelum ini untuk memberi hak kesamarataan bersama parti komponen dalam kerajaan PN yang memimpin negeri Johor ketika ini,” katanya pada satu kenyataan.

Hasni juga pengerusi perhubungan Umno Johor.

Shamsuddin berkata dia yakin Hasni seorang yang “berjiwa besar dan berpegang pada janji.

“Armada Johor menantikan satu penyelesaian yang tegas, bijak dan harmoni dalam memastikan agenda memperkasa masyarakat secara holistik dapat dicapai,” katanya.

Sebelum keruntuhan pentadbiran PH, Bersatu menerajui kerajaan negeri tetapi kemudian UMNO kembali memimpin negeri itu pada hujung Februari tahun lalu.-SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat