Anwar Masih Yakin Ada Sokongan Majoriti

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mendakwa gabungan pembangkang masih memiliki jumlah sokongan yang diperlukan biarpun dua ahli parlimennya meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN),

Anwar mendakwa Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding PN.

“Dengan dua yang lompat ini dia masih minoriti. Saya nak tekankan jangan orang salah faham, dia masih minoriti, jauh jumlahnya kecil daripada dengan kita,” katanya kepada pemberita di Port Dickson, pada Selasa.

Ahad lalu, dua wakil rakyat PKR, Larry Sng dan Steven Choong, masing-masing ahli parlimen Julau dan Tebrau berpaling tadah dan menyatakan sokongan terhadap PN.

Sokongan Larry dan Steven itu menggantikan dua ahli parlimen UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Jazlan Yaakob yang menarik sokongan terhadap PN pada bulan Januari.

Anwar mendakwa pihak kerajaan memberi tekanan dan ugutan untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang.

“Ada tekanan-tekanan lain. Saya dapat maklumat, jutaan ringgit digunakan tetapi kalau nampak tidak boleh guna agensi penguatkuasa.

“Saya nak tekankan, tidak ada masalah kalau SPRM atau LHDN berhak untuk meneruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.

“Tetapi menteri-menteri yang mewah pun begitu rupa yang kita tahu cukup mewah kehidupannya kenapa tidak disentuh?

“Jangan guna ini sebagai tarik tali untuk menekan mereka supaya melompat kepada parti lain, ini paling tidak beretika,” katanya lagi.

September lalu, Anwar mendakwa mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa beliau pernah memaklumkan kepada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berhubung hasrat dua Adun ingin menukar parti.

Malah beliau juga mendakwa pernah menasihatkan adun-adun tersebut agar merujuk kepada mohamad terlebih dahulu.

“Saya sendiri pernah maklum kepada presiden Amanah tentang cadangan awal dan saya nasihat awal, mereka perlu rujuk dulu kepada presiden parti Amanah,” katanya.

Di sebalik apa yang berlaku itu Anwar berkata kemelut tersebut wajar dibincangkan dan diselesaikan secara baik di antara PKR dan Amanah.

Ketua Pembangkang itu juga yakin krisis tersebut tidak akan melemahkan kerjasama dalam Pakatan Harapan.

“Tak terjejas, saya masih berhubung rapat dengan baik,” katanya lagi.

Sehingga kini, lima adun Amanah telah mengesahkan keluar parti dan menyertai PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat