Sambutan Luar Biasa, 20 Ribu Pengunjung Hadir Malam Cinta Rasul

- Advertisement -

SHAH ALAM — Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia, Muhammad Fazil Mohd Dali terharu dengan sambutan luar biasa Malam Cinta Rasul (MCR) 3.0 bagi menyambut tahun baru 2023.

Menurutnya seramai 20 ribu orang membanjiri Stadium Malawati Shah Alam dari pelbagai golongan usia semata-mata ingin bersama untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Malam tahun baru dipilih untuk menganjurkan program ini kerana belum pernah program seumpama ini dianjurkan pada malam tahun baru yang kebiasaannya dipenuhi dengan program hiburan dan seterusnya menggalakkan golongan muda menyambut tahun baru dengan pengisian yang lebih bermanfaat disamping mengambil keberkatan golongan ulamak yang boleh menjadi asbab kebaikan di dunia dan akhirat.
 
“Malam Cinta Rasul 3.0 yang diadakan pada kali ini merupakan kesinambungan daripada program yang pertama kali diadakan pada bulan Ogos 2022 di UPM Serdang.  

“Melihat pada sambutan luar biasa setiap kali penganjurannya, saya berhasrat untuk menganjurkan program seterusnya di kawasan terbuka seperti di Dataran Merdeka pada tahun ini bagi membolehkan lebih ramai pengunjung berpeluang menghadiri program ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi turut menyatakan rasa syukur di atas sambutan luar dugaan terhadap program berkenaan.

“Kita akan terus menyokong penganjuran program ini pada masa akan datang.

“Walaupun Semboyan Malaysia lebih tertumpu kepada isu-isu kepenggunaan, namun kitaakan terus menyokong program seumpama ini kerana ia merupakan salah satu usaha dakwah berterusan yang membawa banyak membawa manfaat terutama kepada golongan muda,” katanya.

MCR 3.0 yang dianjurkan dengan kerjasama Semboyan Malaysia menampilkan tokoh-tokoh agama terkenal seperti Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Syeikh Abu Zaki Al Sangafuri, Ustaz Wan Helmi Al Hafiz serta beberapa lagi tokoh agama terkemuka yang lain.

Acara kemuncak dimulakan selepas solat maghrib berjemaah dengan tausiyah yang disampaikan oleh Syeikh Abu Zaki Al Sangafuri yang bertajuk  kisah saat kewafatan Rasullullah SAW disusuli oleh tausiyah bertajuk Rasulullah rahmatan lil alamin yang disampaikan oleh Ustaz Wan Helmi Al-Hafiz sebelum diakhiri dengan tausiyah penutup Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat