Banjir: Baru 2 Hari Balik Rumah, Kena Pindah Semula Ke PPS

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Baru dua hari balik rumah, kena pindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS). Itu nasib sebahagian mangsa banjir dari Kampung Matang Tengah apabila dipindahkan buat kali kedua ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, malam tadi.

Penduduk, Ramlah Said, 70, berkata, dia tidak menjangka akan dipindahkan kali kedua ke PPS itu berikutan baru dua hari pulang dan selesai membersihkan rumah Sabtu lalu.

“Letih cuci rumah pun belum hilang dah kena pindah balik.

“Jika diikutkan hati kami semua tak nak pindah, namun memikirkan soal keselamatan diri, anak, menantu dan empat cucu, kami pasrah,” katanya ditemui media di PPS SK Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, malam tadi.

Jururawat, Norhashimah Shafiee, 33, berkata dia yang baru beberapa hari bertugas, terpaksa mengambil cuti kecemasan pada hari ini berikutan kediamannya di kampung sama dinaiki air.

“Kami menyedari air mula naik setinggi 0.33 meter ke dalam rumah sekitar 5 petang tadi (semalam). Atas nasihat petugas keselamatan saya dan empat anak akur berpindah di sini.

“Namun anak ke empat iaitu Qasrina Syakeela Mohd Firdaus yang berusia lima bulan, kini terpaksa di tempatkan di rumah pengasuh berikutan bimbang soal keselamatannya di sini,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di PPS ini mendapati sehingga 11 malam tadi, seramai 16 orang mangsa terdiri daripada lima keluarga dari Kampung Matang Tengah, dipindahkan ke PPS ini oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kesemua yang dipindahkan adalah mangsa banjir yang sama yang dipindahkan minggu lalu – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat