Pilihan raya bukan medan intai projek, rebut pangkat – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pilihan raya bukan medan untuk berebut pangkat dan harta, mengintai bermacam-macam projek, melemparkan pelbagai janji.

Akan tetapi, pilihan raya ialah suatu kewajipan yang sangat besar bagi menentukan siapa yang akan mewakili dan menjadi pemimpin negara kita untuk lima tahun yang mendatang,” kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kurang dari tiga minggu lagi, kita bakal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kewajipan pilihan raya ini tidak boleh dipermainkan kerana akan dipersoalkan oleh Allah di Mahsyar nanti mengenai pemimpin yang kita jadikan pilihan dan ikutan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga penyandang Parlimen Marang mengingatkan, “kita menghadapi suatu kemungkaran yang sangat berbahaya apabila kita membiarkan pemimpin yang tidak sepatutnya diangkat sebagaimana yang pernah kita saksikan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu”.

“Asas-asas negara dirobek, kehormatan agama dan institusi Islam digugat, kedudukan bangsa dan bahasa Melayu dicabar, serta pelbagai lagi kebejatan.

“Alhamdulillah, Allah tidak mengizinkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertahan lama dan Perikatan Nasional (PN) hadir dengan kesedaran untuk sentiasa berkebajikan terhadap rakyat walaupun tanpa manifesto bulan bintang. Ambillah pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku itu untuk kita tidak bersikap sambil lewa dalam pemilihan kepimpinan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat