Mate 50 Pro bakal diperkenalkan

- Advertisement -

Pengeluar perkakas pintar, Huawei bakal melancarkan peranti pintar kelas mercu mereka iaitu Mate 50, 3 November ini.

Perkara itu diumumkan oleh Consumer Business Group (CBG) Malaysia berhubung pelancaran peranti baharu itu sekali gus membawa inovasi ke tahap yang lebih tinggi.

Huawei juga dijangka akan memperkenalkan siri Mate 50 Pro yang menggunakan sistem operasi EMUI terkini di samping keupayaan kamera sesuai dengan trend kepenggunaan pada hari ini.

Pada masa sama, beberapa produk lain dijangka akan diumumkan antaranya adalah siri Nova 10, Watch GT 3 SE dan siri Matepad.

Sebagai tambahan kepada barisan produk baharu, Huawei juga akan memperkenalkan EMUI 13 baharu untuk Siri Mate 50.

Wajah baharu Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) direka untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar serta melengkapkan pengalaman menggunakan

peranti kelas mercu terutamanya untuk Huawei AppGallery.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat